Harian Metro

PSY tinggalkan YG Entertainm­ent

-

Tamat kontrak secara baik bukan disebabkan wujud persengket­aan

untuk mencuba cabaran baru. YG dan PSY sudah bersama lebih lapan tahun menerusi hubungan yang istimewa dan setia.

“Selepas mengerah sokongan dan usaha terhadap kesungguha­n serta tenaganya dalam muzik, kami dapat berkongsi kegembiraa­n menerusi fenomena Gangnam Style,” menurut kenyataan itu.

Tidak dinafikan, YG memainkan peranan yang cukup besar dalam kerjaya PSY. Kepercayaa­n mereka terhadapny­a terbayar apabila beberapa tahun lalu penyanyi terbabit mencipta fenomena di seluruh dunia.

Sejak itu, dia terus menjadi aset terpenting syarikat berkenaan disebabkan keuntungan yang dibawanya seorang saja cukup bermakna.

Ramai pastinya melihat penamatan kontrak itu sesuatu yang merugikan syarikat berkenaan. Bagaimanap­un, agensi terbabit akan terus menyokong kerjayanya sampai bila-bila.

“Tolak tepi mengenai soal kontrak eksklusif itu. Hubungan erat antara YG dan PSY akan tetap berkekalan selama-lamanya.

“Kami sokong dan harapkan yang terbaik untuk PSY terhadap cabaran mendatang kepadanya. Terima kasih juga kepada peminat dan semua yang sayangkan PSY serta artis YG lain,” katanya.

Walaupun belum ada pengesahan mengenai perancanga­n masa depan PSY, YG menekankan keputusan berkenaan berakhir dengan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia