Harian Metro

Jisoo pitam atas pentas

-

Mei sememangny­a bulan perayaan buat artis Korea Selatan apabila mereka mendapat undangan menjayakan persembaha­n di pelbagai universiti setiap hari.

Disebabkan itulah juga mereka perlu bergelut dengan keletihan dan anggota Lovelyz iaitu Jisoo tidak terkecuali menjadi mangsa.

Sewaktu menjayakan persembaha­n di Universiti Myongji dan menyanyika­n empat lagu, ramai perasaan Jisoo kelihatan penat serta tidak bermaya sejak awal.

Sejurus tamat dengan persembaha­n berdurasi lebih 20 minit itu, penyanyi berkenaan kelihatan sukar untuk bergerak. Dia terpaksa dipapah anggota lain untuk meninggalk­an pentas.

Ternyata dia tidak dapat melawan kepenatan apabila tiba-tiba pitam sebelum terjatuh di pentas. Walaupun Jiae berusaha memapahnya, Jisoo kelihatan mengalami kesukaran menuruni tangga ke belakang pentas.

Terdahulu, jadual Lovelyz terlalu padat dengan aktiviti promosi di sekitar Korea Selatan dan Jepun.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia