Harian Metro

Cinta silam Sandara Park didedah

-

Baru-baru ini, gambar lama penyanyi Sandara Park pula tersebar apabila peminat bersungguh­sungguh mencari sejarah silam kisah cintanya.

Pada 2009, Sandara menjalin cinta dengan pelakon tampan Filipina iaitu Joseph Bitangcol sebelum berpindah ke Korea Selatan.

Mereka mula berkenalan sewaktu menyertai uji bakat program Star Circle

Quest sebelum keduaduany­a dipilih menjadi peserta. Bagaimanap­un, hubungan mereka berakhir dua tahun kemudian dengan cara baik.

Sehingga sekarang mereka terus akrab sebagai sahabat dan masih berjumpa beberapa kali.

Terdahulu, Sandara pernah mengakui sangat sedih dengan perpisahan itu pada beberapa temu bual. Menurutnya, kekecewaan itu sampai ke tahap dia berasakan hidupnya sudah berakhir.

Bagaimanap­un, sekarang hubungan mereka tidak lebih daripada seperti adikberadi­k.

Joseph kini sudah berkahwin dengan wanita bukan selebriti manakala Sandara terus fokus terhadap kerjaya solonya selepas kumpulanny­a, 2NE1 dibubarkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia