Harian Metro

Patut tukar kata laluan WiFi

-

DARI MUKA V37

Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia Ezumi Harzani Ismail turut berkongsi generasi pembeli rumah di Malaysia pada hari ini sangat berminat dengan kediaman pintar serta inovasi teknologi canggih dibawa syarikat perumahan.

Sebenarnya peranti pintar yang direka pada hari ini lebih mengutamak­an fungsi berbanding keselamata­n.

Dengan kadar purata sebanyak 11 peranti yang dihubungka­n bagi setiap rumah pintar, pengeluar rumusan keselamata­n siber, Trend Micro mendapati 10 peratus kediaman pintar di seluruh dunia mengalami penceroboh­an peranti.

Selain itu, dianggarka­n 36 peratus kediaman terdedah kepada keselamata­n siber apabila ia mengunjung­i sekurang-kurangnya satu laman web yang berniat jahat setiap minggu.

Sekiranya anda merancang memiliki kediaman pintar satu hari nanti, mungkin boleh mengikut tip yang digariskan Trend Micro.

Mulakan dengan router di rumah

peranti yang disambungk­an ke Internet di rumah pintar anda.

Lalu lintas Internet semuanya akan melalui peranti router dan seperti kunci kepada pintu rumah, jadi kita perlu memantau router dengan rapi.

Selain menetapkan kata laluan router yang kukuh, pilih protokol Wi-Fi Protected Access II (WPA2) dan bukannya protokol jenis Wired Equality Privacy (WEP) yang biasa digunakan serta lebih mudah untuk dicerobohi.

Kerap menukar kata laluan

Memiliki kata laluan untuk router rumah serta peranti pintar saja belum mencukupi. Kata laluan boleh jatuh ke tangan orang yang salah terutama jika mereka memberikan kepada sesiapa yang berkunjung ke rumah.

Inilah sebabnya kata laluan perlu kerap ditukar.

Apabila anda menukar kata laluan, jangan guna kata laluan yang sama untuk semua peranti anda.

Anda tentunya tidak mahu menggunaka­n kunci yang sama untuk pintu utama anda dan pintu lain di rumah anda.

Selain itu, anda juga diingatkan tidak menggunaka­n tarikh lahir anda.

Cara terbaik ialah me-

Oleh kerana kebanyakan peranti pintar anda dikawal menerusi aplikasi, anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada telefon pintar anda.

Kita sedar selalunya tidak mengendahk­an pemberitah­uan kemaskini perisian, tetapi pastikan anda memiliki perisian versi yang terkini.

Malah, pemasangan aplikasi keselamata­n mudah alih juga membantu mencegah aplikasi atau kod yang berniat jahat.

Jangan lupa untuk hanya memindah turun aplikasi yang boleh dipercayai daripada pembekal peranti pintar dan menyemak keaslian aplikasi sebelum memasangny­a.

Rumah anda sepatutnya menjadi tempat berehat dengan selesa dan selamat.

Tidak lama lagi anda mungkin dapat menikmati kopi yang dibuat oleh mesin kopi pintar di kediaman pintar anda.

Amalkan sikap proaktif dan lindungi kediaman pintar selain diri anda daripada penjenayah yang sentiasa mencari mangsa mereka melalui Internet sama seperti mengunci pintu dan menutup tingkap untuk menghalang pencuri memasuki rumah anda.

Selain daripada langkah ini, Trend Micro Smart Home Network boleh membantu melindungi rumah anda daripada penceroboh siber.

36 peratus kediaman terdedah

kepada keselamata­n

siber

 ??  ?? PERALATAN canggih dalam rumah moden.
PERALATAN canggih dalam rumah moden.
 ??  ?? KATA laluan WiFi dalam rumah perlu ditukar.
KATA laluan WiFi dalam rumah perlu ditukar.
 ??  ?? RUMAH pintar lengkap.
RUMAH pintar lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia