Harian Metro

Cara rakam foto cantik

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Dengan 3 tip mudah anda pasti gembira

Terdapat peranti pintar dengan kesan bokeh untuk menghasilk­an gambar lebih berkualiti berbanding kamera peranti pintar biasa.

Bagaimanap­un, ada di antara pengguna kurang mahir dalam memanfaatk­an fungsi bokeh ini. Tidak perlu risau, dengan tiga tip mudah, anda pasti gembira dengan hasil akhir foto anda.

1. Pastikan jarak yang betul antara subjek dan latar belakang

Pertama sekali, pastikan anda memegang peranti dengan betul dan selesa. Untuk mendapatka­n jarak yang ideal pula, pastikan anda berada antara 50 ke 200 meter daripada subjek. Jarak ini mungkin lebih besar untuk telefon pintar seperti Galaxy Note 8 dan iPhone 8 Plus.

2. Latar belakang yang sesuai

Tiada fungsi sekiranya subjek foto diletakkan di hadapan latar belakang yang kelabu apabila latar belakang kelihatan sama jika subjek berkenaan kabur. Sebaliknya cari latar belakang yang mempunyai pencahayaa­n sesuai. Sebagai contoh, sinaran matahari yang menembusi dedaun pohon.

3. Bingkai (framing) Untuk mod potret, anda tidak digalakkan meletakkan individu terbabit secara langsung di tengah gambar, sebaliknya meletakkan individu itu di sisi bingkai kamera. Gunakan ‘rule of third’ untuk mendapatka­n kualiti yang lebih memuaskan.

Uji prestasi kesan bokeh anda dan terokai potensinya kerana setiap peranti mempunyai kualiti yang berbezabez­a.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia