Lahir profesional pakar
Menariknya, anda berpeluang menikmati kesan Bokeh pada keduadua kamera utama dan kamera selfie untuk S9 dan S9+. Pastikan anda memilih pilihan yang betul, Selective focus untuk kamera belakang dan Selfie focus untuk kamera depan. Pastikan jarak anda bagi mendapatkan hasil yang baik. Pusat kecemerlangan sains data, The Center of Applied Data Science (CADS) diberi tugas untuk menubuhkan negeri berasaskan data dengan meningkatkan kemahiran 2,500 pakar data menjelang 2022 melalui kerjasama dengan Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE).
Kerjasama terbabit dimeterai Pengerusi
SCOPE Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengasas CADS Sharala Axryd.
“Kami mengalualukan keputusan kerajaan negeri untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan teknologi dan menjadi peneraju Transformasi Ekonomi Digital. Begitu juga meletakkan Sarawak menjadi negeri berasaskan data yang akan mendorong Malaysia ke hadapan di dalam perlumbaan Big Data.
“Langkah ini bakal melahirkan bakat berkemahiran di arena Sains Data, yang juga kunci utama dalam membina ekosistem Big Data dan Analytics. Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan
SCOPE bagi menyemai dan mengembangkan jumlah bakat yang akan menyertai transformasi ini,” jelas Sharala Axryd.
CADS memainkan peranan penting untuk menyediakan nasihat, pengurusan projek, perkhidmatan pengurusan berkaitan serta menyokong inisiatif ini di dalam bidang perancangan, penyampaian dan pelaksanaan projek.