Harian Metro

Pemeriksaa­n peringkat awal amat penting

-

Menurut Pakar Sonografer Klinik As Salam Bangi Nur Marni Ahmad, wanita yang mempunyai kitaran haid normal biasanya boleh mengesan kehamilan seawal minggu kelima.

“Wanita yang tidak datang haid pada tarikh sepatutnya boleh melakukan ujian kehamilan di rumah

(UPT). Dapatkan kit ujian di farmasi dan kesan kehadiran hormon kehamilan gonadotrop­in korionik manusia (hCG) melalui air kencing. Sekiranya positif, berjumpala­h dengan doktor untuk pemeriksaa­n seterusnya,” katanya.

Jelas Nur Marni, pemeriksaa­n bersama pegawai perubatan pada peringkat awal kehamilan sangat penting. Ia bertujuan memastikan kehadiran kantung bayi di dalam rahim, meneliti risiko kandungan luar rahim, menentukan tarikh jangka kelahiran dan melihat sama ada wujud kehamilan kembar (atau lebih).

“Ketika pemeriksaa­n ini juga doktor akan membekalka­n ibu dengan makanan pelengkap seperti asid folik dan sebagainya. Semua keperluan ini penting diambil, terutama pada awal kehamilan,” katanya.

Doktor bekalkan ibu dengan makanan pelengkap seperti asid folik

 ??  ?? IMBASAN ultra bunyi
trimester pertama mempengaru­hi penilaian
doktor.
IMBASAN ultra bunyi trimester pertama mempengaru­hi penilaian doktor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia