Harian Metro

Sedia hiburan sambil mendidik

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kempen Terima Kasih diteruskan dengan platform terbaik kepada penonton luah

terima kasih dalam bentuk perbuatan

Berikutan kejayaan Kempen Terima Kasih yang diperkenal­kan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) tahun lalu, ia dteruskan lagi tahun ini sempena Ramadan dan Syawal.

MPTN turut memperkena­lkan duta kempen yang mewakili TV3 dan TV9 iaitu Amar Baharin, Amyra Rosli bersama anak mereka, Aqeef Anaqi, Izzue Islam, Farah Nabilah, Remy Ishak serta Puteri Aishah.

Duta bagi saluran ntv7 ialah Erwin Dawson dan Azira Shafinaz.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN Johan Ishak berkata, kempen tahun ini lebih bermakna kerana ia bakal menjadi platform untuk mendidik orang ramai.

“Tahun lalu, kami mendidik orang ramai mengenai kepentinga­n ungkapan terima kasih. Tahun ini, kami menyediaka­n platform terbaik kepada penonton untuk meluahkan ungkapan terima kasih mereka dalam bentuk perbuatan.

“Sepanjang Ramadan dan Syawal, kami menyajikan pelbagai program hebat untuk hiburan di samping mendidik penonton menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Terima Kasih

2018 di ibu kota, kelmarin.

Johan berkata, aktiviti Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid juga akan berlangsun­g serentak mulai 26 Mei ini.

“Barisan selebriti dan duta kempen akan turun padang untuk mengambil

 ??  ?? BARISAN selebriti dan duta Kempen Terima Kasih MPTN 2018.
BARISAN selebriti dan duta Kempen Terima Kasih MPTN 2018.
 ??  ?? AMAR dan Amyra bersama anak mereka Aqeef Anaqi.
AMAR dan Amyra bersama anak mereka Aqeef Anaqi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia