Harian Metro

Tak serik 22 kali ditahan

-

Tidak serik mempunyai rekod 22 kali ditahan akibat kesalahan dadah, pengedar yang dipercayai sedang menunggu pelanggan terpaksa akur ditahan kerana memiliki 720 butir pil kuda yang disimpan dalam raga motosikal di Kampung Tebakang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, pil kuda dan dadah dirampas daripada suspek berusia 40 tahun itu bernilai RM10,950.

Suspek ketika itu berada berdekatan yang motosikal miliknya di tepi jalan terkejut apabila diserbu, tetapi gagal melarikan diri akibat dikepung anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superinten­dan Roslan Tahir berkata, suspek yang mempunyai 22 rekod kesalahan dadah memberikan kerjasama baik ketika polis membuat pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia