Harian Metro

1,000kg ketum dirampas

-

Sebanyak 1,000 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarka­n bernilai RM50,000 dirampas dalam dua rampasan berasingan di Tanah Merah, dekat sini kelmarin.

Rampasan itu dibuat pada jam 3 petang oleh pasukan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM). Tiga lelaki antara 22 hingga 34 tahun ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dalam rampasan pertama di simpang tiga Jalan Panglima Bayu, pihak berkuasa menahan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz yang dipandu dalam keadaan mencurigak­an.

Beliau berkata, anggota AKSEM menahan kenderaan itu yang dinaiki dua lelaki namun pemandunya terus memecut dan menghimpit kenderaan yang dinaiki pihak berkuasa.

“Anggota AKSEM terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang kereta Mercedes-Benz itu supaya berhenti,” katanya.

 ??  ?? HASANUDDIN (kanan) menunjukka­n sebahagian 1,000kg daun ketum yang dirampas.
HASANUDDIN (kanan) menunjukka­n sebahagian 1,000kg daun ketum yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia