Harian Metro

Guna pengimbas

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Pengimbas sonar kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan digunakan untuk membantu mengesan sebuah pacuan empat roda yang tenggelam bersama pemandunya di Sungai Batang di sini, sejak Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan Jackson Anyie yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) berkata, teknologi itu mampu memberi petunjuk baru dalam usaha pencarian kenderaan Mitsubishi Storm di dasar sungai berkenaan.

Menurutnya, kenderaan itu dikenal pasti di dasar sungai antara tiga lokasi pada jarak 100 hingga 150 meter dari jeti tetapi sukar untuk pasukan SAR mengesahka­nnya kerana faktor arus sungai yang deras selain jarak penglihata­n yang sangat terhad.

“Teknologi sonar yang dimiliki TLDM diyakini mampu mengesan lokasi kenderaan lebih terperinci sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan selaman bagi menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Kaedah menghanyut­kan sauh agak sukar kerana arus sungai yang deras dan sentiasa berubah.

“Ia juga boleh menyebabka­n lokasi kenderaan berubah berdasarka­n arus sungai,”

 ?? Jackson ?? Teknologi itu mampu memberi petunjuk baru dalam usaha pencarian kenderaan itu di dasar sungai berkenaan”
Jackson Teknologi itu mampu memberi petunjuk baru dalam usaha pencarian kenderaan itu di dasar sungai berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia