Harian Metro

Polis bongkar makmal dadah

-

Polis narkotik Pulau Pinang menahan dua lelaki dan membongkar kegiatan mereka yang menjadikan sebuah pangsapuri sebagai makmal dadah dalam serbuan di Bandar Baru Ayer Itam di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin yang jumlah keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM723,000.

Ketua Polis negeri

Datuk A Thaiveegan berkata, dalam serbuan pertama pada jam 4 petang pihaknya menahan lelaki berusia 42 tahun di kawasan Ayer Itam.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n lanjut polis menemui 31 paket plastik mengandung­i heroin 14.5 kilogram (kg) dalam dua beg pakaian.

“Susulan itu, suspek membawa polis ke sebuah rumah lain dan hasil pemeriksaa­n lanjut kita menemui 17 peket heroin seberat 8.4kg dan enam paket syabu seberat 3.1kg,” katanya.

 ??  ?? THAIVEEGAN (empat dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas.
THAIVEEGAN (empat dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia