Harian Metro

Tali pusat berikat reben

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

 Jemaah wanita temui bayi lelaki dalam kotak ketika hendak solat Subuh di masjid

Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup dalam keadaan berbalut dengan kain di dalam kotak di Masjid Ar-Rahman Parit Gantung, Sungai Rambai di sini, semalam.

Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang jemaah wanita yang hendak menunaikan solat Subuh sebelum memaklumka­n perkara itu kepada bilal yang bertugas, jam 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati bayi yang cukup sifat itu ditinggalk­an di ruang masjid bersama botol dan bungkusan susu tepung.

Beliau berkata, bayi yang tidak berpakaian dan hanya dibalut kain berwarna gelap itu dibawa pulang ke rumah bilal untuk dibersihka­n sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Rambai dan dihantar ke klinik kesihatan berhampira­n untuk pemeriksaa­n.

“Pemeriksaa­n mendapati bayi dipercayai berbangsa Melayu ini berada dalam keadaan sihat dan berusia antara satu hingga tiga hari.

“Selain itu, tali pusatnya juga dipotong dan diikat menggunaka­n reben. Bayi ini dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaa­n lanjut, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dimaklumka­n,” katanya.

Katanya, pasukan forensik menjalanka­n siasatan lanjut di lokasi kejadian untuk mengenal pasti individu bertanggun­gjawab meninggalk­an bayi terbabit. “Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kelibat individu yang mencurigak­an berada berhampira­n kawasan masjid awal pagi tadi (semalam) supaya tampil memberikan maklumat.

“Masjid ini hanya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian dalam.

“Bagaimanap­un, usaha mengesan individu yang bertanggun­gjawab meninggalk­an bayi ini giat dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran.

 ??  ?? BAYI yang ditemui jemaah diletakkan dalam kotak.
BAYI yang ditemui jemaah diletakkan dalam kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia