Harian Metro

Lima tokan dadah ditahan

-

Lima tokan dadah ditahan bersama lebih satu kilogram heroin dan ganja bernilai lebih RM20,000 dalam dua serbuan berasingan, di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua serbuan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Katanya, serbuan pertama di Kampung Padang Kandang dilakukan dua hari lalu manakala yang kedua di Kampung Kuala Teriang di sini, semalam.

“Menerusi kedua-dua serbuan itu, polis merampas lebih satu kilogram dadah jenis heroin dan ganja serta menahan lima individu disyaki pengedar dadah,” katanya pada sidang media di IPD Langkawi di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Deputi Superinten­dan Mahani Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia