Harian Metro

Diberkas 20 minit selepas samun klinik

-

Tapah: Empat penyamun yang aktif melakukan jenayah sekitar daerah ini diberkas di Kampung Poh, dekat Bidor di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, suspek berusia 21 hingga 39 tahun ditahan ketika melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Kelisa selepas melakukan samun.

Ketua Polis Daerah Tapah Asisten Komisioner Somsak Din Keliaw berkata, semua suspek ditahan di lokasi berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas menyamun Klinik Desa Kampung Poh, jam 3.10 petang.

Menurutnya, sebelum itu, kumpulan terbabit dipercayai melakukan dua kes samun rumah di Rumah Murah, Bidor dan Taman Air Kuning Jaya di sini, enam jam sebelum diberkas.

“Bagi kejadian samun klinik, mangsa seorang jururawat masyarakat berusia 36 tahun didatangi penjenayah terbabit sebelum seorang daripadany­a mengacukan parang ke leher anak mangsa berusia enam tahun.

“Suspek mengugut dan memaksanya menyerahka­n kunci kereta sebelum mereka melarikan diri menaiki kereta Perodua Kelisa mangsa,” katanya pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, semalam.

Terdahulu, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda Superinten­dan Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik Ketua Polis Daerah Tapah yang baru berkuat kuasa, semalam.

Wan Azharuddin menggantik­an Somsak yang dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

 ??  ?? SOMSAK (kiri) menyerahka­n kuasa kepada Wan Azharuddin sambil diperhatik­an Hasnan (tengah).
SOMSAK (kiri) menyerahka­n kuasa kepada Wan Azharuddin sambil diperhatik­an Hasnan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia