Harian Metro

Kadar zakat ditetapkan pada tiga jenis beras

-

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) meminta umat Islam di Kedah meneliti dan menilai jenis beras yang digunakan seharian supaya diselarask­an dengan pembayaran zakat fitrah tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya membuat ketetapan kadar zakat tahun ini pada tiga kadar berdasarka­n jenis beras digunakan mereka.

“Zakat fitrah kepada umat Islam yang menggunaka­n beras tempatan lima peratus hancur ditetapkan pada kadar RM7.

“Bagi yang sering makan nasi menggunaka­n beras import kadarnya RM14 manakala beras Basmati ditetapkan pada kadar RM21,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Syeikh Zakaria berkata, masyarakat Islam di negeri ini tidak perlu gusar kerana kadar minimum zakat fitrah tahun ini ditetapkan RM7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia