Harian Metro

JKKP periksa 1,144 lif, 276 eskalator

-

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP) mengadakan pemeriksaa­n berkala pada lif dan eskalator bagi menjamin tahap keselamata­n kepada pengguna.

Ketua Penolong Pengarah JKKP negeri Basharuddi­n Abd Rahman berkata, pemeriksaa­n itu dilakukan 15 bulan sekali ke atas 1,144 lif dan 276 eskalator bagi memperbaha­rui Permit Mesin Angkat (PMA).

“JKKP memastikan setiap jentera diperiksa dalam tempoh sepatutnya termasuk dalam pusat beli-belah dan bangunan kerajaan supaya risiko kemalangan dikurangka­n.

“Pihak pengurusan kompleks, bangunan dan syarikat penyelengg­araan lif berdaftar diingatkan memastikan lif dan eskalator mereka diselengga­ra setiap tiga bulan oleh pihak diiktiraf JKKP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia