Harian Metro

Bufet enak aneka selera

- Haryani Ngah aryani@bh.com.my

Ramadan adalah masa sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat ketika berbuka. Ketika ini banyak juadah istimewa sukar anda temui pada hari biasa untuk dinikmati.

Jika memilih untuk berbuka puasa di luar, Royale Chulan Bukit Bintang adalah pilihan terbaik kerana menyediaka­n pelbagai juadah daripada tradisiona­l hinggalah sajian moden.

Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Mashor Din berkata, pihaknya memilih tema Bufet Aneka Selera bagi membolehka­n semua orang menikmati pelbagai juadah bermula sajian utama hinggalah pencuci mulut.

“Jangan lepaskan peluang menikmati rendang itik, nasi arab, kambing golek dan bubur lambuk,” katanya.

Untuk pencuci mulut, pelbagai cita rasa makanan disediakan daripada cita rasa klasik dengan hidangan kuih muih tradisiona­l kepada sajian ala Barat yang pastinya memenuhi selera anda.

Bufet Aneka Selera bermula jam 7 malam hingga 10 malam dari 16 Mei hingga 14 Jun. Harga bufet yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu RM98 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Bagi kemudahan pengunjung, surau turut disediakan.

 Royale Chulan Bukit Bintang sedia juadah tradisiona­l, sajian moden untuk berbuka puasa

 ??  ??
 ??  ?? ANDA akan rambang mata buat pilihan.
ANDA akan rambang mata buat pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia