Harian Metro

PZNS buka kaunter bayaran setiap hari

- Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) membuka kaunter bayaran setiap hari sepanjang Ramadan termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Pengurus Besar PZNS Nor Azmi Musa berkata, langkah itu diambil bagi menampung peningkata­n bilangan umat Islam yang mahu membayar zakat fitrah dan harta pada bulan puasa.

“Waktu urusan kaunter PZNS yang menerima pembayaran secara tunai dan kad debit serta kredit bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang pada hari biasa manakala

Sabtu, Ahad dan cuti umum dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Selain urusan pembayaran zakat, orang ramai boleh mendapatka­n penerangan mendalam berkaitan pengiraan zakat harta di kaunter berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Seramai 4,400 banduan Penjara Kajang mendapat manfaat daripada kempen #QuranHour dengan tertubuhny­a cawangan Rumah Ngaji pertama yang di penjara berkenaan sejak 2015.

Pengarah Jabatan Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan berkata, penghayata­n terhadap al-Quran lebih berkesan kerana Rumah Ngaji menyediaka­n modul lengkap termasuk sesi tadabbur dan hafalan surah tertentu.

“Projek Rumah Ngaji di Penjara Kajang ialah penanda aras kepada institusi penjara kerana kami yang memulakann­ya sebelum diikuti lapan jabatan yang lain.

“Kerjasama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas nampaknya berhasil dengan kelas pengajian sedia ada yang selesa dan cukup lengkap dengan alatan bersesuaia­n seperti naskhah al-Quran, Iqra’ dan rehal.

“Ia juga amat bertepatan dalam usaha kami menekankan dua aspek, iaitu pendidikan dan pemulihan dalam kalangan banduan,”

 4,400 banduan Penjara Kajang dapat manfaat daripada kempen #QuranHour

katanya dalam sesi lawatan media ke Rumah Ngaji Penjara Kajang di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, pengajian al-Quran bagi banduan juga dilihat lebih sistematik dan berstruktu­r dengan modul yang lengkap dan ditambah pula dengan tenaga pengajar dalam kalangan kakitangan, selain mendapat bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, sebelum wujud Rumah Ngaji, pengajian agama dan al-Quran di Penjara Kajang tidak diadakan di satu tempat khusus tetapi kewujudan ruang kelas yang boleh menempatka­n 80 hingga 100 banduan dalam satu masa itu memberikan nilai tambah dalam usaha melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran.

Lebih empat tahun diadakan, beliau berkata, ada banduan yang sudah khatam al-Quran dan tidak kurang juga yang mampu menghafaz al-Quran.

Abdul Halim yang turut menyokong penuh acara World #QuranHour yang bakal berlangsun­g secara besar-besaran di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur pada 7 Jun ini berkata, banduan Penjara Kajang akan turut melakukan aktiviti bertadarus bagi sama-sama menjayakan kempen berkenaan.

Sementara itu, banduan warga emas, Rahim Yahya, 64 menyifatka­n Rumah Ngaji banyak membantuny­a untuk mendalami al-Quran yang dahulunya ditinggalk­an kerana terlalu mengejar hal dunia.

“Saya boleh membaca al-Quran tetapi tidak terlalu baik jadi banyak impak positif apabila diberikan peluang mengikuti kelas Rumah Ngaji di sini, antaranya dapat kembali memperbetu­lkan bacaan, selain diajar taranum al-Quran.

“Masyarakat di luar mungkin lebih banyak peluang untuk belajar al-Quran, jadi saya harap kita sama-sama menyokong untuk mengangkat al-Quran ke tahap yang tertinggi,” katanya.

World #Quran Hour tahun ini yang diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan bermatlama­t menggalakk­an setiap individu membaca, faham dan mengamalka­n nilai yang terdapat dalam al-Quran.

 ??  ?? ABDUL Halim bersama banduan pada tinjauan media Rumah Ngaji di Penjara Kajang.
ABDUL Halim bersama banduan pada tinjauan media Rumah Ngaji di Penjara Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia