Harian Metro

Pemimpin wajar dalami maksud ayat lapan Surah Al-Maidah

-

Petaling Jaya: Setiap pemimpin wajar mendalami maksud ayat lapan dalam Surah Al-Maidah supaya dapat dijadikan panduan dalam melaksanak­an transforma­si kepemimpin­an dalam organisasi masing-masing.

Ketua Pegawai Kandungan Rumah Ngaji, Fazrul Ismail, berkata ayat berkenaan memberikan maksud dan pengertian yang mendalam mengenai cara untuk berjaya sebagai seorang pemimpin dan pada masa yang sama mendapat keredaan dan rahmat Allah.

Beliau berkata, antara kesimpulan boleh dibuat daripada pemahaman ayat berkenaan adalah pentingnya berlaku adil kepada semua pihak.

“Jika kita lihat terjemahan­nya, ia menyuruh kita selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan jangan sesekali membiarkan kebencian terhadap sesuatu kaum itu mendorong untuk berlaku tidak adil.

“Sebagai contoh, jika ada pemimpin yang hanya membantu kumpulan yang dipimpin atau disukainya saja dan menyekat bantuan kepada pihak yang lain, ini sudah nyata terkeluar daripada panduan yang disampaika­n dalam ayat berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Power Talk Interkasi Surah Al-Maidah sempena #QuranHour, semalam.

Program dihadiri wakil daripada pelbagai organisasi itu berkonsepk­an perkongsia­n transforma­si yang berlaku selepas organisasi berkenaan membabitka­n diri dalam amalan membaca al-Quran, selain memahami dan menghayati kitab suci itu.

Mengulas lanjut, Fazrul berkata, transforma­si yang ingin dilaksanak­an perlu dibuat kerana Allah.

“Jika proses transforma­si itu dibuat hanya untuk diri sendiri dan kumpulan yang diketuainy­a sahaja, itu adalah saatnya kepimpinan itu menuju kehancuran.

“Ayat ini perlu diambil serius oleh golongan pemimpin dan jika sebagai pemimpin kita betul-betul beriman dengan ayat ini, kesannya dia akan mendapat ketakwaan.

“Apabila ada ketakwaan, Insya-Allah kumpulan, organisasi malah negara sentiasa diberi pertolonga­n, rahmat dan rezeki,” katanya.

 ??  ?? FA ZRUL
FA ZRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia