Harian Metro

Bapa dibelasah bekas kekasih anak

-

Seorang lelaki menerima 15 jahitan di kepala selepas dipukul dengan kerusi besi oleh bekas kekasih anak perempuann­ya dalam kejadian di tepi sebuah restoran 24 jam di Taman Suria di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu dikatakan berlaku selepas suspek dikatakan marah selepas mendakwa mangsa menghalang hubunganny­a dengan anak perempuan lelaki terbabit.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 50-an menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai minum bersama rakan di restoran berkenaan.

“Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa dihampiri seorang lelaki yang dikenali dan terus memukul di bahagian kepala menggunaka­n kerusi besi.

“Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HQE dan menerima 15 jahitan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Haris berkata, siasatan mendapati suspek adalah bekas teman lelaki anak perempuann­ya dan dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak puas hati terhadap mangsa.

“Menurut anak perempuan mangsa, dia sudah tidak tidak berhubung dengan suspek terbabit dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia