Harian Metro

Pengedar heroin berdepan hukuman mati

-

Kuala Nerus: Seorang penganggur berdepan hukuman mati mandatori selepas serbuan polis di rumah keluargany­a di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, menemui 40 botol kecil serbuk putih dipercayai heroin bernilai kira-kira RM20,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superinten­dan Roslan Tahir, berkata bertindak atas maklumat, sekumpulan anggota narkotik dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Terengganu menyerbu rumah keluarga suspek pada jam 3 pagi, Isnin lalu.

Roslan berkata, suspek yang tidak agresif memberi kerjasama baik dengan membawa anggota polis ke belakang rumahnya sebelum anggota kemudian menggunaka­n cangkul untuk mengorek bahagian tanah dan menjumpai satu bungkusan putih berisi bekas plastik bertudung merah yang mengandung­i empat bungkusan berisi surat khabar.

“Apabila diperiksa bungkusan itu mengandung­i 40 botol kecil bertudung kuning yang di dalamnya mengandung­i serbuk putih disyaki heroin seberat 174 gram, jumlah dadah berkenaan apabila dijadikan dalam bentuk tiub straw dapat dijual dengan harga pasaran antara RM10 dan RM12 setiap satu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di IPK Kuala Terengganu semalam.

Katanya, suspek berusia 20 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah sebelum dibawa ke lokap IPD Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutny­a.

“Kita percaya suspek menjadikan kawasan belakang rumah keluargany­a itu sebagai stor penyimpana­n dadah yang hanya dikeluarka­n untuk tujuan penjualan mengikut permintaan. Siasatan awal suspek yang disahkan negatif dadah didapati aktif sejak 10 bulan lalu di sekitar Bukit Tunggal dan Gong Badak,” katanya.

 ??  ?? ROSLAN (tengah) menunjukka­n sebahagian daripada dadah yang dirampas ketika serbuan pada rumah suspek.
ROSLAN (tengah) menunjukka­n sebahagian daripada dadah yang dirampas ketika serbuan pada rumah suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia