Harian Metro

Hujan tiga jam, rumah dinaiki air

-

Baling: Hujan lebat kira-kira tiga jam menyebabka­n kediaman 22 keluarga di lima kampung di sini, dinaiki air sedalam 0.5 meter dalam kejadian banjir kilat, awal pagi semalam.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Siput terdiri daripada enam keluarga, Banggol Derom (2), Haji Yunus (2), Bukit Hitam (6) dan Kampung Pajak (6).

Setiausaha Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Baling Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat bermula jam 10 malam kelmarin menyebabka­n rumah penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan Sungai Ketil dilimpahi air.

“Paras air mula naik jam 1 pagi di beberapa kampung dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan terkawal.

“Selain APM, Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu mangsa,” katanya.

Mohd Faizol berkata, walaupun air mula surut, anggota penyelamat masih memantau berikutan cuaca mendung kerana dibimbangi akan berlaku banjir.

Beliau turut menasihatk­an penduduk yang tinggal di kawasan rendah berjaga-jaga dan berpindah ke tempat lebih selamat sekiranya rumah mereka dimasuki air.

 ??  ?? ANGGOTA APM bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Pajak, semalam.
ANGGOTA APM bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Pajak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia