Harian Metro

Ibu remaja dakwa anak dinoda

-

Seorang ibu yang curiga melihat perubahan saiz badan anak gadisnya hampir pitam apabila remaja berkenaan disahkan mengandung lapan bulan selepas menjalani ujian kehamilan, kelmarin.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang jam 4.49 petang dengan mendakwa anak perempuann­ya yang berusia 14 tahun dirogol.

Anak perempuann­ya didakwa dirogol seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dikenali di rumah sepupu suspek di kawasan Country Height di sini, November lalu.

Difahamkan, ketika kejadian suspek mengambil mangsa di Kinarut dan membawa ke rumah sepupunya itu.

Gadis itu kemudian diambil ibunya selepas tiga hari berada di rumah sepupu suspek dan selepas itu mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan siasatan dijalankan.

“Ibu gadis terbabit dikatakan ada menghubung­i suspek untuk bertanyaka­n hal berkenaan namun suspek tidak mengaku perbuatann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia