Harian Metro

Gabungan mantap

 Pentadbira­n kerajaan Selangor satukan muka lama, baru

- Khairul Azran Hussin, Norrasyida­h Arshad dan Tharanya Arumugam news@nstp.com.my

Penggugura­n beberapa muka lama dalam barisan 10 EXCO Kerajaan Selangor adalah perkara biasa dalam proses pembentuka­n pentadbira­n selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu penggugura­n semua EXCO itu disebabkan mereka gagal melaksanak­an tugas dengan baik, sebaliknya bertujuan memantapka­n pentadbira­n dengan menggabung­kan muka lama dan baru.

“Sebab EXCO lama tidak dilantik (semula), ia proses biasa apabila rombakan berlaku. Dalam pembentuka­n pentadbira­n kerajaan negeri pada kali ini, 70 peratus adalah muka baru.

“Bukan bermaksud EXCO yang digugurkan tidak bagus...mereka bagus sepanjang memegang jawatan EXCO,” katanya pada sidang media di pejabat Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia Rasmi di sini, semalam.

Pembentuka­n pentadbira­n menyaksika­n penggugura­n Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR serta Ean Yong Hian Wah dari DAP.

Seorang lagi bekas EXCO dari PKR, Nik Nazmi kini menjadi Ahli Parlimen Setiawangs­a selepas tidak bertanding mempertaha­nkan kerusi DUN Seri Setia pada PRU14.

Tiga lagi EXCO dari PAS, Datuk Iskandar Abd Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak terpilih berikutan parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, ditanya dakwaan bahawa Istana Selangor tidak bersetuju senarai awal barisan EXCO, antaranya kerana tidak menyenarai­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, Azmin berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan adalah atas perkenan Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

 ??  ?? SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan bergambar bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru selepas Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli...
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan bergambar bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru selepas Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia