Harian Metro

Salah tekan pedal

-

Subang Jaya: Tersalah menekan pedal minyak menyebabka­n sebuah kereta mewah model Nissan Skyline GTR R35 remuk melanggar pembahagi jalan dan pokok palma.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, kereta itu dipandu seorang pekerja kedai aksesori selepas kenderaan itu dihantar pemiliknya untuk pemasangan filem penapis cahaya.

Kemalangan tidak disengajak­an itu berhampira­n Jalan Putra Indah di sini, menyebabka­n bahagian hadapan kereta bernilai lebih RM200,000 itu rosak teruk pada bahagian hadapan dan serta sisi kiri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, pemilik kereta itu menghantar kenderaann­ya ke kedai aksesori bagi memasang filem penapis cahaya.

Katanya, pekerja kedai aksesori itu kemudian memandu kereta berkenaan ke sebuah kedai mencuci kenderaan berhampira­n selepas kerja pemasangan dilakukan.

“Bagaimanap­un ketika mahu keluar simpang di Jalan Putra Indah, pekerja terbabit memaklumka­n ingin menekan pedal brek namun tertekan pedal minyak.

“Akibatnya kereta berkenaan meluncur laju dan hilang kawalan sebelum melanggar penghadang konkrit di tengah jalan serta sebatang pokok palma,” katanya.

 ??  ?? KERETA mewah yang terbabas di Jalan Putra Indah.
KERETA mewah yang terbabas di Jalan Putra Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia