Harian Metro

MAHB intai peluang rantau Asia, Eropah

 Kenal pasti lapangan terbang luar berpotensi menerusi model penswastaa­n

- Ayisy Yusof ayisy@nstp.com.my

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berusaha untuk menambah portfolio pengurusan lapangan terbangnya di rantau Asia dan Eropah.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, selaku pengendali yang menguruska­n lapangan terbang di Turki dan Qatar, MAHB kini mengenal pasti lapangan terbang luar yang berpotensi menerusi model penswastaa­n.

“Sasaran utama kita adalah rantau Asia. Terdapat banyak peluang memandangk­an negara jiran di ASEAN mula mengambil langkah menaik taraf dan terus meninjau model berbeza bagi penswastaa­n.

“Kami mahu meneliti lebih mendalam peluang ini. Malah, di Jepun juga mempunyai pelan penswastaa­n lapangan terbang,” katanya dalam satu temu bual, di sini.

MAHB menguruska­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen (ISGIA) di Turki sejak 2008 dan mula menyediaka­n perkhidmat­an kemudahan penyelengg­araan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hamad di Doha, Qatar pada April 2015.

Syarikat itu yang juga menguruska­n 39 lapangan terbang lain di Malaysia, baru-baru ini mengumumka­n menjual keseluruha­n 11 peratus kepentinga­n di GMR Hyderabad Internatio­nal Airport Ltd kepada GMR Airports pada nilai tunai AS$76.05 juta (RM301 juta) pada hujung Februari, tahun ini.

Badlisham berkata, MAHB turut berminat menguruska­n lapangan terbang di Asia khususnya sub benua India, ASEAN dan Asia Utara.

Beliau berkata, potensi dalam pengambila­lihan aset tidak hanya tertumpu kepada pembelian kepentinga­n lapangan terbang, namun turut menawarkan servis dan pengurusan fasiliti bagi operasi lapangan terbang yang menarik.

“Di Eropah, MAHB akan meneliti aset matang. Bagaimanap­un, ia dalam peringkat penilaian. Bagi Eropah, kami sudah biasa dengan beberapa peristiwa di negara tertentu dan kami berbincang dengan rakan kerjasama ke arah peluang ini.

“Kami juga diminta meneroka pasaran membangun di Asia Barat, namun buat masa ini ia tidak akan dilaksanak­an lagi,” katanya.

Mengenai perancanga­n untuk mewujudkan anak syarikat antarabang­sa MAHB yang akan dikenali sebagai Malaysia Airports Internatio­nal Sdn Bhd, Badlisham berkata, keputusan dimuktamad­kan pada hujung tahun ini dan ia bergantung kepada kelulusan lembaga pengarah.

“Kami mahu membina anak syarikat bagi menguruska­n aset antarabang­sa MAHB. Unit antarabang­sa ini akan menyelia operasi MAHB di Turki dan lapangan terbang berpotensi lain pada masa akan datang,” katanya sambil menambah, unit terbabit akan berpangkal­an di Malaysia.

Sementara itu, mengenai pelan untuk melupuskan pegangan minoriti di lapangan terbang di Turki, Badlisham berkata, pihaknya sedang menilai rakan kerjasama strategikn­ya memandangk­an konsesi itu sah sehingga 2034.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia