Harian Metro

Pharmaniag­a untung RM29 juta

-

Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a) mencatatka­n untung selepas cukai RM29 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018, berbanding RM28 juta pada tempoh sama pada tahun lalu manakala hasil merekodkan RM618 juta.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pencapaian berkenaan menunjukka­n syarikat terus menjana nilai untuk pemegang saham meskipun berdepan pasaran sukar.

Beliau berkata, prestasi itu juga bersandark­an sumbangan kukuh daripada sektor perniagaan swasta yang mencatatka­n pertumbuha­n mantap berserta usaha pengendali­an operasi yang cemerlang dan langkah pengawalan kos yang efisien.

“Meninjau ke hadapan, Kumpulan berada di landasan tepat selari strategi perniagaan iaitu pertumbuha­n didorong pasaran dan penambahba­ikan operasi secara berterusan,” katanya.

 ??  ?? LODIN
LODIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia