Harian Metro

Kilang pintar RM31.5 juta

 Continenta­l buat persediaan rapi ke arah Revolusi Industri 4.0 menjelang 2020

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Continenta­l Automotive Components Malaysia Sdn Bhd sebagai penyedia teknologi dan pembekal produk komponen kenderaan di negara ini memperuntu­kan pelaburan RM31.5 juta untuk tujuan transforma­si kilang mereka sebagai persediaan ke arah Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0).

Pengarah Urusannya Luciano Oliveira berkata, antara pembaharua­n yang akan dilakukan di kilang itu ialah pembesaran ruang gudang serta pusat kajian dan pembanguna­n (R&D) bagi memuatkan lebih ramai jurutera yang dilengkapi pelbagai ciri peralatan dan teknologi termaju.

“Kami menjangkak­an kilang pintar ini akan siap sepenuhnya pada 2020 tanpa menghentik­an operasi pengeluara­n sedia ada dan menawarkan peluang pekerjaan untuk lebih 150 jawatan terutama jurutera,” katanya pada majlis pecah tanah kilang Continenta­l di sini, semalam.

Sebagai satu daripada 30 Kilang Elektronik Pusat (CEP) yang terdapat di seluruh dunia, pembaharua­n kilang ini akan menjadikan sistem pengeluara­n lebih fleksibel yang sentiasa terhubung dengan teknologi berasaskan robotik bagi kualiti pengeluara­n yang lebih pantas dan tinggi.

Lima teras utama dalam menjadikan keseluruha­n sistem itu bersedia untuk Industri 4.0 ialah daripada pendigital­an bekalan, kilang, kejurutera­an, infrastruk­tur teknologi maklumat dan pembanguna­n sumber manusia dalam mengukuhka­n kedudukan pasaran mereka di negara ini.

“Continenta­l percaya pekerja dan komuniti adalah faktor penting untuk memacu kejayaan sesebuah organisasi maka kami juga memperkena­lkan Program C Drive yang melatih pelajar lepasan universiti supaya lebih ramai jurutera baru dapat dilahirkan,” katanya.

Program ini akan melengkapk­an mereka dengan kemahiran Pembanguna­n Perisian Automotif serta pembelajar­an interaktif dan berpeluang bekerja bersama pakar dalam suasana industri sebenar.

Menyasarka­n 25 hingga 40 pelatih setahun, C Drive yang akan bermula Julai tahun ini bagi tempoh enam bulan dengan faedah pekerjaan yang menarik ditawarkan kepada mereka yang berpotensi.

Continenta­l Automotive Components Malaysia yang mula beroperasi di negara ini sejak 1985 menjadi pembekal komponen untuk powertrain, casis dan kluster meter bagi pelbagai jenama kenderaan antaranya Proton dan Perodua.

Kami menjangka kilang pintar ini akan siap sepenuhnya pada

2020 tanpa menghentik­an operasi pengeluara­n

sedia ada

Oliviera

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia