Harian Metro

32 syarikat senarai akhir sertai Dragon Venture Platform SEA

-

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) melancarka­n Dragon Venture Platform Asia Tenggara (SEA) iaitu inisiatif menghubung­kan syarikat berskala besar di Malaysia dan Asia Tenggara dengan pemodal teroka global, pelabur korporat dan individu kaya.

Pengerusin­ya Ganesh Kumar Bangah berkata, inisiatif ini dicetuskan daripada hakikat kekurangan dana dan pendedahan awam adalah antara halangan terbesar dihadapi syarikat dalam peringkat pengembang­an.

“Menerusi platform ini, kita dapat melihat beberapa syarikat yang menerima pembiayaan sehingga AS$25 juta (RM99 juta),” katanya di sini.

“Daripada 32 yang memasuki senarai akhir selepas proses pemilihan, kira-kira enam puluh peratus daripadany­a terdiri daripada rakyat Malaysia”

Ganesh

Dragon Venture Platform SEA PIKOM membabitka­n dua kategori pembiayaan, iaitu Siri A: AS$1 juta hingga AS$3 juta dan Siri B/C: AS$3 juta hingga AS$25 juta atau lebih.

Dragon Venture Platform SEA yang dianjurkan bersama PIKOM dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rakan strategik, menjadi inisiatif bermanfaat dan menarik 170 permohonan.

Namun, hanya 32 syarikat disenarai akhir dan akan diberikan peluang untuk terus bergerak kepada lebih 40 pemodal teroka, pelabur dan individu kaya bernilai tinggi.

“Daripada 32 yang memasuki senarai akhir selepas proses pemilihan selama dua bulan menerusi empat pusingan, kira-kira enam puluh peratus daripadany­a terdiri daripada rakyat Malaysia.

“Syarikat akan menemui pelabur aktif melabur dalam pasaran ASEAN, China dan Asia Utara dan terus mengenal pasti syarikat yang mempunyai idea dan strategi tepat untuk melabur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia