Harian Metro

Pasangan jujur

-

New York: Kegembiraa­n pasangan suami isteri menemui peti harta berisi wang dan barang kemas di halaman belakang rumah mereka di Pulau Staten, New York, tidak lama selepas mendapati ia milik jiran mereka yang dirompak beberapa tahun lalu.

Pasangan suami isteri terkejut apabila menemui peti harta berisi wang dan barang kemas tertanam ketika membersihk­an halaman belakang rumah mereka di Pulau Staten, New York, minggu lalu.

Menurut Daily Mail yang memetik CBS2NY, mereka menanam pokok baru menggantik­an pokok yang dimakan rusa apabila menemui peti berkenaan.

Menurut Maria Colonna-Emanuel dan suaminya, Matthew, peti besi itu mengandung­i wang tunai AS$52,000 (RM206,091), barang kemas dan batu permata, termasuk delima.

“Kami terkejut dan pada masa sama, teruja mendapati peti besi itu mengandung­i barang berharga, termasuk puluhan cincin berlian, emas dan jed,” kata Matthew.

Namun, dalam peti berkenaan mereka juga menemui sekeping kertas bertulis satu alamat dan selepas membuat carian, mendapati alamat berkenaan berdekatan dengan rumah mereka.

Mereka mengunjung­i rumah jiran berkenaan dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia