Harian Metro

4 samurai mati

 Polis tembak mati penyerang ibu pejabat polis Pekanbaru dalam serangan disyaki perbuatan pengganas

- Agensi

Pihak berkuasa Indonesia menembak mati empat lelaki disyaki pengganas yang menyerang ibu pejabat polis di Pekanbaru, Riau, menggunaka­n pedang samurai menyebabka­n seorang anggota terbunuh dan beberapa lagi cedera.

AFP melaporkan jurucakap polis negara, Setyo Wasisto berkata, kumpulan lelaki itu menaiki sebuah kereta memasuki pekarangan ibu pejabat polis, sebelum terus melaksanak­an serangan sejurus keluar daripada kenderaan.

Katanya, dua anggota polis cedera manakala seorang lagi terbunuh selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan.

“Penyerang yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dan ditahan di balai polis Pekanbaru,” kata Setyo.

Katanya, dalam kejadian itu seorang wartawan yang berada di ibu pejabat itu turut cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit.

Reuters memetik maklumat polis mengatakan seorang penyerang terbabit memakai alat disyaki letupan, namun Setyo enggan mengulas perkara itu.

Rakaman televisyen menunjukka­n mayat seorang lelaki terbaring atas tanah di luar balai polis terbabit dengan pedang panjang di sebelahnya manakala kenderaan berperisai dapat dilihat berhampira­n. Jurucakap polis di Riau berkata pihaknya belum mengenal pasti identiti penyerang atau motif serangan itu.

Bagaimanap­un, ia susulan gelombang penyerang nekad oleh militan dilancarka­n keluarga yang mempunyai anak kecil yang menyasarka­n gereja serta bangunan polis di Surabaya sejak be- berapa hari lalu.

Keseluruha­nnya kira-kira 30 maut termasuk 13 penyerang akibat semua kejadian itu.

Polis mengesyaki serangan dilaksanak­an kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang menyokong Daesh. Daesh di agensi berita Amaq mengaku bertanggun­gjawab bagi semua serangan di Surabaya.

 ??  ?? DUA penyerang yang ditembak mati di depan pejabat polis Pekanbaru. - Agensi
DUA penyerang yang ditembak mati di depan pejabat polis Pekanbaru. - Agensi
 ??  ?? ANGGOTA polis cedera selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan. - Agensi
ANGGOTA polis cedera selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan. - Agensi
 ??  ?? SEORANG anggota polis terbunuh selepas dirempuh penyerang berkenaan. - Agensi
SEORANG anggota polis terbunuh selepas dirempuh penyerang berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia