Harian Metro

Sah guna senjata klorin

-

The Hague: Pakar senjata antarabang­sa hari ini mengesahka­n klorin digunakan dalam serangan di sebuah bandar di Syria pada Februari lalu menyebabka­n penduduk mengalami kesukaran bernafas.

Organisasi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dalam satu kenyataan memberitah­u, siasatan mendapati klorin dilepaskan daripada silinder akibat impak mekanikal di kawasan kejiranan Al Talil di Saraqeb pada 4 Februari lalu.

Kesimpulan itu berdasarka­n penemuan dua silinder yang didapati sebelum itu mengandung­i klorin.

Tambahnya, sampel juga menunjukka­n kehadiran klorin yang luar biasa di kawasan berkenaan.

Pasukan itu juga menemurama­h saksi dan mendapati beberapa pesakit yang dirawat di pusat kesihatan tidak lama selepas insiden menunjukka­n tanda serta gejala yang konsisten dengan pendedahan kepada klorin.

Bagaimanap­un, bagi mematuhi mandat yang diberikan, OPCW tidak memberitah­u pihak mana di dalam perang saudara selama tujuh tahun di Syria itu bertanggun­gjawab menggunaka­n klorin.

“Seramai 11 penduduk dirawat kerana mengalami kesukaran bernafas apabil tentera kerajaan Syria melancarka­n serangan di Saraqeb,” kata Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia pada waktu itu.

Selain di Saraqeb, ramai pihak menunggu keputusan siasatan OPCW di Douma selepas doktor dan pasukan penyelamat memberitah­u, seramai 40 orang maut dalam serangan klorin dan gas sarin pada 7 April lalu.

Serangan di Douma mencetuska­n serangan peluru berpandu terhadap kemudahan senjata Syria yang dilancarka­n Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia