Harian Metro

Saudi juga puasa hari ini

-

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumka­n Ramadan di negara itu bermula hari ini.

“Hari pertama Ramadan jatuh pada hari Khamis bersamaan 17 Mei 2018,” kata Mahkamah Diraja dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA.

Permulaan tarikh ditetapkan menerusi perkiraan dan penampakan anak bulan yang menentukan bila hari terakhir bulan berakhir dan yang baru bermula.

Secara tradisi, banyak negara Islam mengikut tarikh ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi, tetapi sejak beberapa tahun ini banyak menggunaka­n perkiraan astronomi sendiri.

Ramadan adalah bulan suci bagi hampir 1.5 bilion penduduk Islam dunia, kebanyakan­nya berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.

Berpuasa adalah rukun Islam ketiga selain mengucap dua kalimah syahadah, solat, mengeluark­an zakat dan menunaikan haji. –AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia