Harian Metro

‘Tak payahlah cerita...’

- Daily Mail

 Meghan berjaya pujuk bekas suami batal buat sitkom percintaan dengan Putera Harry

Meghan Markle dilaporkan memujuk bekas suaminya yang juga penerbit filem supaya membatalka­n rancangan televisyen berdasarka­n percintaan­nya dengan Putera Harry yang dianggap memalukan.

Menurut The Sun, sahabat bakal pengantin perempuan itu menemui Trevor Engelson dalam usaha memujuknya supaya tidak meneruskan perancanga­n membuat rancangan televisyen dengan badan penyiar Fox.

Engelson dilaporkan mengusahak­an rancangan drama komedi baru mengenai ibu tunggal dari Amerika yang berpindah ke London untuk mengahwini bangsawan Britain.

Seorang eksekutif televisyen yang enggan dinamakan memberitah­u Sun Online: “Projek Engelson itu ditangguhk­an buat masa ini selepas Meghan meminta bantuan rakan memujuknya. Mereka secara berterusan mendesak Engelson sehingga dia bersetuju berbuat demikian.”

Rancangan yang masih tidak diberikan tajuk itu didakwa diinspiras­ikan hasil perbualan dengan penerbit Dan Farrah mengenai apa yang mungkin berlaku jika dia dan Meghan mempunyai anak.

Walaupun ada persamaan dengan kisah sebenar Meghan, Engelson menegaskan wataknya tiada kaitan hubunganny­a dengan aktres itu.

Engelson dipercayai menjadi mentor Meghan ketika kali pertama menceburi industri perfileman. Mereka bercinta tujuh tahun sebelum berkahwin pada 10 September 2011 di Jamaica dalam upacara yang hanya mengambil masa 15 minit.

Pasangan itu berpisah dua tahun kemudian sebelum rasmi bercerai pada Ogos 2013. Punca perpisahan dikatakan perselisih­an yang tiada penyelesai­an, namun sumber mendakwa ia sebenarnya disebabkan Meghan ketika itu mendapat watak tetap dalam drama bersiri Suits.

“Meghan mendapat watak Suits itu hanya beberapa bulan sebelum mereka berkahwin dan mereka kemudian berdepan kesukaran apabila sering berjauhan dengan Engelson di Los Angeles manakala Meghan pula di Toronto, Kanada.

“Memang sukar untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan sebagai suami isteri dalam keadaan itu,” kata sumber.

 ??  ?? MEGHAN dan Engelson bercerai pada 2013. - Daily Mail
MEGHAN dan Engelson bercerai pada 2013. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia