Harian Metro

‘KENA KERJA KERAS’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

 Fadhil akui saingan rebut tiket ke Sukan Asia sengit

Pelumba trek negara, Mohd Fadhil Zonis mengakui tiada tempat automatik, sebaliknya perlu bekerja keras bagi mendapatka­n tiket ke Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Ogos depan.

Jelasnya, semua pelumba termasuk dirinya kini bersaing sengit bagi membuktika­n kemampuan kepada ketua jurulatih, John Beasley menjelang temasya itu yang hanya tinggal kira-kira tiga bulan lagi.

“Saya mahu mendapatka­n tempat dalam apa acara sekalipun kerana kini ramai pelumba yang bersaing untuk merebutnya. Saya tidak boleh selesa dan perlu bekerja keras terutamany­a mengikuti perancanga­n yang ditetapkan jurulatih.

“Kami dalam fasa membina kekuatan otot dengan latihan keras dan ia bakal lebih mencabar menjelang Ramadan esok (hari ini),” jelasnya.

Selain jaguh utama, Azizulhasn­i Awang, Malaysia kini mempunyai lima pelumba bagi acara pecut termasuk Shah Firdaus Sahrom, Muhamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Khairil Nizam Rasol.

Keputusan terletak kepada Beasley untuk menyenarai­kan jumlah pelumba yang diperlukan terutama dalam merencanak­an trio terbaik bagi acara pecut berpasukan.

Fadhil antara pelumba muda yang diberikan pendedahan di pentas antarabang­sa sejak beberapa tahun lalu dan dia dilihat antara paling menonjol dalam kalangan muka baru.

Pelumba itu dilihat menjadi taruhan terbaik Beasley untuk melengkapk­an trio pecut berpasukan berganding­an bersama Azizulhasn­i dan Shah Firdaus.

 ?? Mohd Fadhil Zonis ?? Saya mahu mendapatka­n tempat dalam apa acara sekalipun kerana kini ramai pelumba yang bersaing untuk merebutnya”
FADHIL
SHAH FIRDAUS
Mohd Fadhil Zonis Saya mahu mendapatka­n tempat dalam apa acara sekalipun kerana kini ramai pelumba yang bersaing untuk merebutnya” FADHIL SHAH FIRDAUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia