Harian Metro

Choon Sieng tak ‘ghaib’ dari radar

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas berakhirny­a Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, nama Lo Choon Sieng (gambar) tenggelam namun dalam diam jaguh jalan kaki negara itu merencanak­an perjalanan untuk melayakkan diri ke Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.

“Saya masih ada dan menjalani latihan seperti biasa cuma tidak menyertai banyak kejohanan.

“Saya berharap diberi peluang untuk menyertai satu perlumbaan (Cabaran Lumba Jalan Kaki IAAF di La Coruna, Sepanyol) pada bulan depan yang mengiktira­f catatan yang dilakukan bagi melayakkan diri ke Sukan Asia,” katanya.

Choon Sieng memenangi pingat emas acara 20 kilometer jalan kaki pada Sukan SEA 2011 di Palembang namun beralih angin ke maraton pada 2014 dan membuat kemunculan semula pada Sukan SEA tahun lalu untuk memenangi pingat perak dengan mencatatka­n hanya perbezaan 17 saat berbanding pemenang pingat emas dari Indonesia, Hendro (1 jam 32 minit 11 saat).

“Saya perlu mencatatka­n sekurang-kurangnya 1:26.00s untuk melayakkan diri ke Sukan Asia. Dengan cuaca di Indonesia yang panas seperti di negara kita, saya yakin dapat melakukan sesuatu jika dapat menyertai temasya itu,” katanya.

Atlet berumur 32 tahun itu mempunyai catatan peribadi terbaik 1:27.33s yang dilakukann­ya di Nomi, Jepun pada 2010.

Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada hujung minggu lalu, Choon Sieng mencatatka­n masa terbaiknya musim ini apabila memenangi pingat emas acara 10km jalan kaki dengan melakukan catatan 44:58s.

“Catatan itu adalah yang terbaik sejak sekian lama selepas Sukan SEA. Namun saya tidak diberi tentangan hebat apabila mendahului dalam 20 pusingan awal,” kata penuntut Universiti Terbuka Malaysia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia