Harian Metro

Jepun kecewa lagi!

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

 Malaysian Tigress cerah peluang rebut tempat ketiga

Skuad hoki wanita negara mencerahka­n peluang untuk beraksi dalam penentuan tempat ketiga saingan Trofi Juara-Juara Asia selepas mencipta kejutan menewaskan Jepun 3-2 pada perlawanan ketiga di Donghae, Korea Selatan semalam.

Kejayaan itu pastinya cukup manis untuk anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas tewas dua perlawanan kepada Korea Selatan dan China selain mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Singapura apabila menewaskan Jepun 2-0 ketika itu.

“Pastinya sesuatu yang menggembir­akan apabila menang ke atas pasukan yang menduduki ranking ke-12 dunia.

“Pujian wajar diberikan kepada setiap pemain kerana mereka mempamerka­n semangat juang yang tinggi.

“Peningkata­n permainan sememangny­a dapat dilihat sejak perlawanan pertama lagi, tapi kali ini kita dapat kemenangan yang cukup bermakna,” kata Dhaarma.

Malaysian Tigress tidak perlu menunggu lama untuk di depan selepas penyerang, Nur Zafirah Aziz menjaringk­an gol seawal minit pertama menerusi jaringan padang berpunca daripada kesilapan penjaga gol lawan.

Bagaimanap­un, kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Ishibashi Yui menyamakan kedudukan pada minit kesembilan.

Fatin Shafika Shukri kembali meletakkan skuad negara di depan selepas tenang menyempurn­akan pukulan sudut penalti pada minit ke-21 sebelum Nuraslinda Said menambah gol ketiga hasil gol padang (m-30).

Jepun tidak mudah menyerah kalah, sebaliknya mereka berjaya merapatkan jurang di minit ke-34 selepas Shimizu Minami menjaringk­an gol padang.

Lawan terus menggandak­an asakan selepas itu, namun penjaga gol negara, Farah Ayuni Yahya mempamer aksi cemerlang termasuk menafikan satu penalti stroke lawan di hujung suku ketiga.

Malaysia akan turun pada perlawanan terakhir saingan yang berlangsun­g secara round robin itu dengan bertemu India, hari ini.

“India pasti sukar, tapi kami tetap turun dengan misi untuk mencari kemenangan,” kata Dhaarma. Kuala Lumpur: Malang menimpa skuad hoki lelaki negara menjelang siri Jelajah Argentina, bermula minggu depan apabila kemungkina­n hilang khidmat arkitek tengah, Fitri Saari yang mengalami kecederaan hamstring.

Fitri mendapat kecederaan itu ketika sesi latihan kecergasan, Sabtu lalu sebelum Institut Sukan Negara (ISN) mengesahka­n dia perlu berehat dua minggu.

Situasi itu menyebabka­n jurulatih Stephen Van Huizen masih kempunan untuk menguji gandingan tengah utamanya dalam aksi kompetitif biarpun kembali menerima kepulangan Marhan Jalil yang diketepika­n sewaktu Malaysia meraih tempat kelima dalam Sukan Komanwel, bulan lalu.

Bagaimanap­un, Fitri, 25, berkata, keputusan akhir hanya akan diputuskan Stephen yang akan mengumumka­n senarai akhir 20 pemain ke Buenos Aires, hari ini.

(gambar)

“Hasil pertemuan dengan doktor ISN semalam, beliau memberitah­u kemungkina­n besar saya terpaksa berehat sekurang-kurangnya selama dua minggu.

“Bagaimanap­un, nama saya masih dalam senarai, tapi rasanya tidak boleh pergi kerana bimbang kecederaan itu bertambah teruk sekiranya saya beraksi,” katanya ketika dihubungi.

Ketika kedudukan Fitri hanya akan diketahui hari ini, nasib seorang lagi pemain yang mengalami kecederaan berpanjang­an, Izad Hakimi Jamaluddin sudah pasti tidak tersenarai dalam jelajah berkenaan.

Bagaimanap­un, Stephen dijangka membawa bersama penjaga gol nombor satu negara, S Kumar yang sudah menamatkan sesi penggantun­gan selama enam bulan gara-gara terpalit dengan isu doping, Oktober lalu.

Malaysian Tigers yang berlepas ke Buenos Aires pada awal pagi Isnin ini dijadualka­n mengharung­i enam aksi persahabat­an dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina.

 ??  ?? PEMAIN negara akan berdepan India pada aksi terakhir.
PEMAIN negara akan berdepan India pada aksi terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia