Harian Metro

Maria rasa terkejut

- AFP

 Tiba-tiba berani minta izin berlatih bersama Nadal

Bintang tenis Russia, Maria Sharapova mendedahka­n dia sebenarnya terkejut bagaimana dirinya mendapat keberanian meminta izin berlatih bersama dengan Rafael Nadal di Terbuka Itali.

Dua bekas pemain nombor satu dunia itu yang meraih pelbagai trofi kejuaraan dilihat memukul bola bersama di gelanggang tanah liat di Foro Italico.

“Saya nampak dia berlatih di gelanggang sebelah, dekat dengan saya,” jelas Maria selepas melangkah ke pusingan kedua dengan mengalahka­n pemain Australia, Ashleigh Barty.

“Jadi, saya katakan kepada pasukan saya - ‘memang menakjubka­n jika saya jumpa Rafa dan bertanya adakah dia sudi memukul bola (berlatih) bersama saya?’

“Dan, mereka sukakan idea itu, ya...itu tidak salah. Saya terus berfikir, banyak lagi perkara lain yang boleh dianggap salah berbanding jika berganding­an dengan Rafa.

“Ia bukannya seperti kamu mempelawa untuk sesi temujanji kekasih. Jadi, saya lakukannya. Dia mesti anggap saya sangat pelik. Saya rasa, sampai sekarang dia masih fikir saya sangat pelik,”

Pemain Russia itu mengaku cukup gembira dapat bersama dengan juara grand slam 16 kali dan menulis dalam twitter, “Dua minit di gelanggang bersama

(gambar)

GOAT@RafaelNada­l #BucketList, memang mendebarka­n.

Dalam pertembung­an semalam, Maria - juara grand slam lima kali memerlukan dua setengah jam untuk mengenepik­an cabaran pemain ranking ke-18, Ashleigh dengan keputusan 7-5, 3-6, 6-2, di pusingan pertama.

Dia bakal berdepan Dominika Cibulkova dalam usahanya untuk memburu trofi yang pernah dimenangi tiga kali pada 2011, 2012 dan 2015.

“Kejohanan ini sentiasa istimewa dalam karier saya,” kata pe-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia