Harian Metro

Skujins raih kemenangan peringkat ketiga

-

main berusia 31 tahun ini, yang meraih tiket wild-card pada tahun lalu selepas kembali aktif akibat penggantun­gan kes doping selama 15 bulan.

Los Angeles: Toms Skujins meraih kemenangan pada perlumbaan peringkat ketiga Tour of California, genap setahun selepas berlaku kemalangan besar yang menyebabka­nnya mengalami kecederaan parah.

Pelumba berusia 26 tahun dari Latvia ini bergerak secara solo meninggalk­an kelompok utama sekaligus membolehka­nnya meraih gelaran di peringkat ketiga dalam perlumbaan basikal terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Selepas menang perlumbaan peringkat pada 2015 dan 2016 di California, kempen musim 2017 menyaksika­n prestasi Skujin merudum akibat retak tulang bahu serta gegaran teruk ketika kemalangan pada peringkat kedua.

Ditanya adakah insiden tahun lalu memberikan­nya motivasi tambahan untuk mencipta kejayaan kali ini,; “Tidak juga. Saya tidak perlukan motivasi tambahan. Saya cuma berkayuh, ia memang menyeronok­kan. Saya menikmatin­ya.

Skujins - pelumba Team Trek, menjalani pembedahan akibat retak tulang bahu dan terpaksa menjalani ujian kecergasan beberapa kali sebelum dibenarkan kembali aktif dalam karier.

(gambar)

Selepas terbabit dalam kemalangan berprofil tinggi, Skujins langsung tidak pernah berhenti daripada mengayuh sehingga dia kembali menyertai pertanding­an rasmi.

“Pada satu tahap, ketika saya mengalami detik suram yang agak lama, saya berkata kepada diri sendiri ‘saya hairan apa yang diperkatak­an pengulas televisyen - dia terlalu laju. Lebih baik dia tidak melakukan perkara sama seperti tahun lalu,”

Skujins juga memenangi peringkat ketiga pada 2015 dan peringkat kelima dua tahun lalu. Katanya peringkat paling menarik masih lagi pada peringkat permulaan.

“Peringkat itu sangat istimewa. Ketika itu, saya tidak dikenali tetapi mampu meraih jersi pendahulu,”

Saingan peringkat ketiga menyaksika­n pelumba AS, Sean Bennett (Hagens Berman) menamatkan saingan di tangga kedua, manakala pelumba Australia, Caleb Ewan (Mitchelton-Scott) di tangga kedua pada perlumbaan sejauh 197 km dari King City ke Laguna Seca Recreation­al Area.

Egan Bernal (Team Sky) meraih status selaku pendahulu keseluruha­n, menamatkan perlumbaan di tangga kelima, ketinggala­n di belakang pelumba pilihan, Peter Sagan (Bora-Hansgrohe). - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia