Harian Metro

Trofi Piala FA tebus maruah Blues: Cahill

-

London: Ia mungkin tidak akan menyelamat­kan jawatan Antonio Conte, tetapi Chelsea masih mampu menebus musim kecewa mereka dengan menjuarai Piala FA menewaskan Manchester United Sabtu ini, kata kapten Gary Cahill.

Tahun lalu, skuad Conte

melangkah ke Wembley menentang Arsenal ketika juara Liga Perdana Inggeris itu hanya memerlukan satu kemenangan untuk melengkapk­an dua gelaran pada musim pertama kendalian jurulatih Itali itu.

Biarpun kekalahan 1-2 kepada Gunners itu menyakitka­n, ia tidak dianggap sudah berakhir. Bagaimanap­un keputusan sama Sabtu ini pastinya sukar diterima Blues.

Mereka menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tangga kelima, 30 mata di belakang juara Manchester City dan tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara September depan.

Bagi Cahill ia kempen yang cukup mengujinya dengan prestasi hambar menyebabka­nnya kehilangan tempat musim ini dan tidak lagi menjadi keutamaan di dalam skuad England.

Namun, kemenangan Sabtu ini akan membawa sinar baru buat pasukan.

“Pada aksi final Piala FA musim lalu, prestasi kami tidak menjunam. Suasana jauh lebih tenang,” kata Cahill.

“Kami melangkah ke perlawanan itu memikirkan bahawa dengan momentum yang ada, kami mampu beraksi dengan baik seperti mana keseluruha­n musim.

“Kali ini perasaanny­a berbeza. Ia lebih kepada usaha kami menyelamat­kan kempen musim ini. “Kami ketinggala­n dalam kejohanan lain, tetapi masih berpeluang dengan kejohanan ini.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia