Harian Metro

‘Import ASEAN lemau’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tidak adil untuk membuat penilaian terhadap impak pemain kuota Asia Tenggara (ASEAN) dalam Liga Super, apatah lagi ia baru diperkenal­kan musim ini.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mempersoal­kan bentuk penilaian yang dibuat terhadap impak pemain terbabit sedangkan kebanyakan mereka membarisi kesebelasa­n utama dan menjadi tonggak pasukan masing-masing.

Menurutnya, kehadiran mereka juga sudah memberi petunjuk positif terhadap nilai Liga Super selepas berjaya menarik minat penonton di rantau ini untuk menyaksika­n

Macerra Kuantan FA Zarko Korac dan pemain kelab Wellington Phoenix FC di liga Australia yang bakal menyarung jersi penyerang utama skuad Lang

Merah. Kuala Lumpur: Pilihan pemain berkualiti yang terhad menjadi punca kehadiran import ASEAN gagal meninggalk­an impak positif, namun setiap pasukan bebas menentukan sama ada mahu menggunaka­n khidmat mereka atau sebaliknya tanpa perlu memansuhka­n kuota berkenaan.

Ia kerana penggunaan kuota ASEAN bukan suatu kemestian kecuali jika sesebuah pasukan Liga Super mahu memenuhi kuota lima import seperti dibenarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, beliau sendiri mengambil langkah tidak akan menggunaka­n tenaga import ASEAN selepas menggugurk­an pemain Kemboja, Keo Sokpheng walaupun musim perpindaha­n kedua sekarang membuka peluang kepadanya untuk berbuat demikian.

“Berdasarka­n pengalaman saya, kehadiran pemain import ASEAN tidak mampu melonjak prestasi pasukan, malah sangat mengecewak­an.

“Sebab itu, selepas menurunkan­nya dalam beberapa perlawanan, saya mengambil keputusan merehatkan Sokpheng dan memberi peluang kepada pemain tempatan mengisi tempatnya.

“Malah, daripada pemerhatia­n saya, masalah sama turut dihadapi pasukan lain kerana kebanyakan import ASEAN yang datang hanya memiliki kualiti setaraf pemain kita kecuali beberapa pemain seperti Safuan Baharuddin (Pahang) dan Faris Ramli (PKNS).

“Pilihan pemain berkualiti dalam kelompok negara Asia Tenggara sangat terhad, sebab itu saya ambil keputusan hanya akan menggunaka­n empat import selepas ini tanpa menggunaka­n kuota ASEAN,” jelas Abu Bakar.

Sementara itu, jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim menganggap kehadiran pemain import ASEAN mampu memberi impak positif jika setiap pasukan bijak membuat pilihan.

Malah, beliau tidak bersetuju dengan cadangan beberapa bekas pemain termasuk Datuk Shukor Salleh dan Datuk Jamal Nasir supaya penggunaan kuota ASEAN dikaji semula oleh MFL.

“Bukan semua pemain import ASEAN gagal menyerlah, ada juga yang bagus. Terengganu contohnya, tiada masalah dengan pemain Kemboja, (Thierry) Chantha Bin.

“Saya akui pilihan pemain berkualiti di kalangan negara ASEAN memang terhad, justeru kita perlu bijak menilai sebelum membuat pembelian,” kata jurulatih berpengala­man itu.

 ??  ??
 ??  ?? AZRAAI
AZRAAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia