Harian Metro

Kekal pemain

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 FAS enggan rombak meskipun empat daripada lima awang import kurang menyengat

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak bercadang melakukan pertukaran pemain import pada jendela perpindaha­n pemain kedua meskipun prestasi lima pemain import kecuali penyerang Rufino Segovia, dilihat kurang menyerlah.

Selangor membawa masuk empat pemain import baru musim ini iaitu Alfonso de la Cruz (Sepanyol), Willian Pachecho (Brazil), Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn (Indonesia) manakala Segovia (Sepanyol) sudah bersama sejak tahun lalu.

Bagaimanap­un, selepas 10 perlawanan Liga Super, impak yang diberikan khususnya pemain tengah bertahan Cruz dan pemain sayap Ilham kurang berkesan sekali gus mengundang rasa tidak puas Gambang: Selepas lapan perlawanan, saingan Liga Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) terus sengit membabitka­n tiga pasukan teratas Liga Super dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) ‘A’ terus mengukuhka­n cengkaman selaku pendahulu.

Pada aksi Sabtu lalu, pasukan kendalian Osmera Sabah itu hampir pulang hampa namun gol babak hati penyokong Red Giants.

Berdasarka­n jendela perpindaha­n pemain kembali dibuka sehingga 3 Jun depan, ramai penyokong mengharapk­an akan berlaku perubahan dalam barisan pemain namun ia dijangka tidak berlaku.

Ini kerana, dengan beban kewangan pasukan, FAS perlu berhati-hati dalam melakukan rombakan drastik.

“Buat masa ini, pihak pengurusan belum bercadang menukar pemain import. Bukan mudah untuk menggantik­an pemain import kerana ini akan membabitka­n perbelanja­an besar. “Pihak pengurusan melihat aksi yang dipamerkan pemain import tidak begitu teruk, lihat saja aksi terakhir menentang JDT (Johor Darul Ta’zim), kami berjaya memberikan saingan.

“Berdasarka­n pemain import yang ada sekarang, Selangor menduduki tangga kelapan dan berjaya ke separuh akhir Piala FA, jadi kami masih menaruh kepercayaa­n kepada pemain sedia ada,” kata Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim

Selangor yang dibimbing jurulatih Nazliazmi Mohd Nasir banyak bergantung kepada sumbangan Segovia yang kini menjadi penjaring terbanyak liga dengan lapan gol.

Namun, Ilham dan Evan yang turut bermain di bahagian atas masih ketandusan jaringan dalam kempen liga manakala Cruz ditukarkan ke posisi pertahanan tengah berganding­an dengan Pachecho.

(gambar).

Kuala Lumpur: Penggempur prolifik Selangor, Rufino Segovia sudah meledak lapan gol, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga Super setakat ini.

Namun, bisa dan statusnya itu belum memadai untuk membantu skuad The Red Giants menghuni kelompok teratas liga apabila juara Piala Malaysia 33 kali itu sekadar menghuni tangga kelapan selepas hanya menghimpun 11 mata daripada 10 perlawanan.

Bagaimanap­un, bekas penyerang kelab Hong Kong, Kitchee itu tidak kecewa dengan situasi yang melanda pasukannya meskipun sudah berhempas pulas menyumbat gol.

“Saya berpendapa­t Liga Super bukan satu saingan yang boleh dipandang ringan kerana bukan mudah untuk setiap pasukan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Beberapa pasukan yang kuat juga pernah tewas sebelum ini. Adakalanya tuah tidak menyebelah­i kami tetapi apa yang penting pasukan dapat meneruskan momentum yang ada ketika ini pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia berdepan tekanan dengan tugas menjaringk­an gol dalam setiap perlawanan, penyerang berusia 33 tahun itu mengakui dia hanya mahu melakukan yang terbaik untuk membantu The Red Giants melakar keputusan yang positif dalam setiap perlawanan.

“Sebagai penyerang, saya memiliki lebih banyak

(gambar)

 ??  ??
 ??  ?? CRUZ (kiri) antara pemain import Selangor yang gagal menyerlah.
CRUZ (kiri) antara pemain import Selangor yang gagal menyerlah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia