Harian Metro

Imbangi pemain import

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Safawi sedia bersaing rebut tempat dalam pasukan yang semakin sengit

Penyerang muda, Safawi Rasid bersedia untuk terus bersaing dengan pemain import meskipun kehadiran Harry Novillo dan Jorge Santos Silva bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menggugat peluang pemain tempatan.

Penyerang berusia 22 tahun itu mengakui persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan semakin sengit, namun itu bukan alasan untuk penyerang tempatan cepat mengalah.

“Memang persaingan untuk mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama pasukan semakin sukar sebab JDT ada pemain import baru. Kalau kita lihat Novillo dan Silva ini pemain yang bagus dan boleh meningkatk­an prestasi pasukan.

“Dan bagi pemain lain kena terus berusaha keras untuk mendapat tempat bermain. Saya percaya peluang sentiasa ada buat mana-mana pemain jika memberikan kesungguha­n dalam latihan dan perlawanan,” katanya.

Selain Novillo dari Perancis dan Silva (Brazil), Safawi turut bersaing dengan pemain tempatan iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok dan Syafiq Ahmad untuk merebut posisi serangan kelab Harimau Selatan itu.

Safawi kini berkongsi kedudukan bersama Safee Sali (PKNS FC) dan Hafiz Ramdan (PKNP FC) sebagai penjaring terbanyak liga bagi pemain tempatan dengan tiga gol selepas 10 perlawanan.

Pemain kelahiran Terengganu itu berharap akan terus konsisten bukan saja membantu kemenangan pasukan, malah mengejar kedudukan penjaring terbanyak yang kini di dominasi penyerang import Selangor, Rufino Segovia dengan lapan gol.

“Penyerang setiap kali beraksi mesti mahu menjaringk­an gol, saya mahu membuktika­n bahawa penyerang tempatan juga boleh melakukann­ya kerana itu tugas sebagai penyerang. Tapi apa yang paling penting adalah kemenangan pasukan,” kata Safawi.

 ??  ?? SAFAWI (kanan) terus bekerja keras untuk merebut tempat bermain dengan JDT.
SAFAWI (kanan) terus bekerja keras untuk merebut tempat bermain dengan JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia