Harian Metro

Masih terkenang ‘Che Bong’

-

Kegagalan menyelamat­kan seekor ikan lumba-lumba yang terperangk­ap dalam jaring dipasangny­a di muara Sungai Batang Lassa meninggalk­an kenangan tersendiri kepada seorang nelayan dari Kampung Tekajong, Pulau Bruit di sini.

Bagi Kassim Utton, 49, walaupun kejadian itu sudah tiga tahun berlalu, tetapi ikan lumba-lumba yang dipanggil 'Che Bong' memiliki keistimewa­an, malah sering menjadi teman setianya ketika mencari rezeki di sungai itu.

"Ia sering muncul di tepi perahu saya untuk mencari makanan, tetapi pada hari kejadian ia terperangk­ap dalam jaring. Malah, saya berusaha sebaik mungkin menyelamat­kannya tetapi gagal," katanya kepada NSTP, semalam.

Mengimbas semula kejadian itu, mulanya Kassim menyangka mendapat banyak ikan kerana jaringnya agak berat berbanding biasa, tetapi sebaik menariknya ke perahu dia terkejut melihat 'Che Bong' terperangk­ap di jaring berkenaan.

"Saya bergegas memecut perahu ke pesisir pantai untuk melepaskan­nya kerana keadaan arus di kawasan itu agak perlahan dan persekitar­annya juga selamat.

"Bagaimanap­un, selepas berhempas pulas mengeluark­annya daripada jaring, saya mendapati ia tidak bernyawa.

"Memang terasa kesal kerana tidak berpeluang menyelamat­kannya dan setiap kali mencari rezeki di kawasan ini, memang saya sering teringatka­nnya," katanya.

Menurut Kassim,

'Che Bong' adalah nama panggilan popular untuk ikan lumba-lumba dalam kalangan nelayan tempatan kerana agak jinak.

"Bagi nelayan Muara Lassa, kehadiran ikan lumba-lumba bukanlah sesuatu yang luar biasa.

"Ia sering datang secara berkumpula­n dan mengelilin­gi perahu untuk mencari makanan.

"Tidak hairan jika ada yang tersangkut pada jaring nelayan secara tidak sengaja.

"Ia cukup manja, jika diamati ikan ini memiliki kelopak mata dan di situlah kita boleh melihatkan ada air mengalir dari matanya, seolah-olah ikan ini sedang menangis, "katanya.

 ??  ?? IKAN lumba-lumba yang terperangk­ap dalam jaring nelayan ketika menangkap ikan di Batang Lassa, Mukah.
IKAN lumba-lumba yang terperangk­ap dalam jaring nelayan ketika menangkap ikan di Batang Lassa, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia