Harian Metro

Madius angkat sumpah jawatan

- Mohd Izham Unnip Abdullah dan Olivia Miwil cnews@nstp.com.my

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau adalah antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baru kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dua lagi Timbalan Ketua Menteri ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Christina Liew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api dan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong (Sulabayan).

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, petang semalam.

Madius turut memegang portfolio Menteri Perdaganga­n dan Perundustr­ian, manakala Christina dan Jaujan masing-masing dengan portfolio sebagai Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Madius yang memenangi kerusi Parlimen Tuaran atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu sebelum itu dilantik sebagai ADUN bagi membolehka­nnya menyertai Kabinet negeri.

Beliau sebelum ini mengumumka­n pendirian UPKO keluar daripada BN dan menjalin kerjasama dengan pakatan WARISAN-PH bagi membentuk kerajaan negeri diketuai Mohd Shafie.

Dalam pembentuka­n Kabinet negeri itu, Mohd Shafie memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan negeri.

Turut mengangkat sumpah ialah tujuh ADUN yang dilantik sebagai menteri dengan masing-masing empat daripada ADUN WARISAN, DAP (dua) dan UPKO (satu).

Mereka ialah Datuk Peter Anthony (Melalap), Junz Wong (Tanjung Aru), Datuk Dr Yusof Yaacob (Sindumin) dan Datuk Aidi Mokhtar (Pantai Manis) daripada WARISAN manakala Ewon Benedick (Kadamaian) dan Poon Ming Fung (Tanjung

 Tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baru Sabah

Papat), masing-masing dari UPKO dan DAP.

Turut mengangkat sumpah ialah Ahli Parlimen Sandakan yang juga Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong (ADUN Dilantik).

Kabinet negeri kali ini turut diwujudkan tiga kementeria­n baru iaitu Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat (Wong), Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi (Dr Yusof) dan Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (Aidi).

Peter dilantik sebagai Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Junz (Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Ewon (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar) manakala Ming Fung (Menteri Belia dan Sukan).

Seramai 18 ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri, masing-masing 14 daripada WARISAN dan DAP (dua), PKR (satu).

 ??  ?? ANTARA menteri kabinet mengangkat sumpah di Istana Negeri Kota Kinabalu.
ANTARA menteri kabinet mengangkat sumpah di Istana Negeri Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia