Harian Metro

Sarawak mahu perkukuh kerjasama demi hak, keistimewa­an

-

Kuching: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu memperkuku­hkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutua­n yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kesinambun­gan usaha mendapatka­n hak dan keistimewa­an negeri ini.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, pelbagai tawaran diberikan kepada BN Sarawak sebelum ini termasuk perjanjian kerjasama tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanap­un, beliau menyifatka­n ada hikmah di sebalik keengganan kerajaan negeri menandatan­gani ‘perjanjian kerjasama’ itu.

“Jika mereka (kerajaan negeri) berjaya mendapatka­n penurunan kuasa itu, pasti mereka menggunaka­nnya untuk kepentinga­n politik,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat DAP Sarawak di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei.

Antara tawaran diberikan PH kepada kerajaan negeri jika membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak berbanding hanya lima peratus ketika ini.

PH turut menawarkan penurunan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri dalam bidang pendidikan termasuk bidang kesihatan serta dalam hal perniagaan dan perdaganga­n.

Ia termasuk bayaran 50 peratus pendapatan cukai di Sarawak kepada kerajaan negeri berbanding sistem sedia ada yang mana semua pendapatan cukai disalurkan kepada Kerajaan Persekutua­n dan Sarawak perlu memohon peruntukan.

Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata, memandangk­an kerajaan negeri enggan menerima tawaran itu maka kuasa berkenaan terus kekal bersama Kerajaan Persekutua­n.

“Kami menyerahka­n perjanjian kerjasama untuk memastikan kelancaran proses berkenaan, namun beliau (Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) enggan menandatan­ganinya.

“Memandangk­an mereka enggan menerimany­a, kami tidak dapat menurunkan kuasa itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia