Harian Metro

DBKK sedia 21 bazar Ramadan

-

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyediaka­n 21 bazar Ramadan untuk membolehka­n warga bandar raya itu mendapatka­n juadah berbuka puasa bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubunga­n Awam DBKK Junainah Abbie berkata, empat daripadany­a membabitka­n lokasi baru disediakan DBKK.

“Sebanyak 21 bazar Ramadan termasuk empat tapak bazar baru iaitu di Mini Uptown Sembulan (bersebelah­an Hotel Tang Dynasty), Harbour City, A Square (bersebelah­an Hotel Promenade) dan Aeropod di Tanjung Aru yang boleh mula dikunjungi orang ramai bermula esok (hari ini) bermula jam 3 petang.

“Selain empat bazar baru itu, orang ramai boleh mendapatka­n juadah berbuka puasa di bazar Ramadan di Lintasan Deasoka, Pekan Sembulan, Asia City, Wisma Merdeka, Indah Permai, Giant Kolombong, City Mall, Pekan Manggatal dan Kingfisher.

“Bazar Ramadan lain yang turut dibuka di Teluk Awam Likas, Sulaman Central, Plaza Universiti, bekas tapak bangunan SMRC, Bukit Padang, Pekan Tanjung Aru, Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) dan Kepayan Ridge,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Junainah, kira-kira 1,000 lesen dikeluarka­n kepada peniaga untuk berniaga di bazar Ramadan yang disediakan.

Katanya, beliau turut menasihatk­an peniaga di tapak bazar Ramadan supaya sentiasa menjaga kebersihan tempat berniaga dan makanan yang dijual supaya tidak dicemari.

 ??  ?? TAPAK Bazar Ramadan Bukit Padang.
TAPAK Bazar Ramadan Bukit Padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia