Harian Metro

Semangat berkobar-kobar didik anak Pulau Nunuyan Laut

-

Enjin bot rosak di tengah laut dan ada kalanya dilambung ombak serta bumbung bot hampir diterbangk­an angin.

Itu semua menjadi asam garam guru agama, Rosli Shamsuddin, 42, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut di sini, sejak 12 tahun lalu.

Bagaimanap­un, semangat Rosli tetap berkobarko­bar mendidik anak di Pulau Nunuyan Laut terletak 1.6 batu nautika atau tiga kilometer dari Sandakan dengan sebahagian besar murid adalah anak nelayan.

Rosli berkata, ketika mula ditempatka­n ke Sabah dan SK Nunuyan Laut, hatinya meronta-ronta untuk pulang ke Semenanjun­g kerana tidak dapat menerima suasana yang berbeza 100 peratus berbanding tempat dia dibesarkan di Jengka, Pahang.

“Keadaan itu berubah apabila bertemu dengan guru serta masyarakat pulau yang menerima kami seperti keluarga sendiri dan mudah untuk berkomunik­asi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia