Harian Metro

Watsons tawar hadiah dari jenama CUCKOO untuk ahli

-

Watsons dengan kerjasama CUCKOO, jenama perkakasan nombor satu di Korea Selatan menawarkan hadiah istimewa bernilai RM40,000 dari produk itu kepada pembeli terbanyak dalam kalangan ahli Watsons.

Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh berkata, hadiah menarik itu diberikan kepada mereka yang bertuah ketika berbelanja di Watsons dalam pertanding­an bermula Disember tahun lalu.

Beliau berkata, pertanding­an pembeli terbanyak serta hadiah tahun baru yang turut dijalankan itu terbuka kepada ahli Watsons yang membeli Collagen by Watsons iaitu produk penjagaan kulit di cawangan atau secara atas talian.

Ahli Watson hanya perlu menjadi pembeli terbanyak produk Collagen by Watsons pada Disember lalu manakala pada pertanding­an yang berlangsun­g pada Januari mereka hanya perlu membeli produk sama bernilai RM120 bagi melayakkan diri untuk pertanding­an.

“Produk penjagaan kulit

Collagen by Watsons adalah produk paling popular yang menjadi pilihan ahli Watsons dan pertanding­an ini dapat menghargai pelanggan setia kami,” katanya di sini, semalam.

Sebanyak 10 hadiah diberikan kepada pemenang bertuah bagi pertanding­an yang dijalankan.

Hadiah utama adalah penapis air CUCKOO ICON dan satu tahun pakej servis bernilai lebih RM5,035 manakala tempat kedua adalah CUCKOO IRIS TOP bersama pakej servis setahun RM4,549 dan ketiga CUCKOO KING TOP dengan pakej servis setahun RM3,950.

 ??  ?? HOH
HOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia